Pengikut Setia

Saturday, September 26, 2009







KESAN VIAGRA PADA BATIN LELAKI


E-mail

SlLDENAFIL citrate SlLDENAFIL citrate adalah nama saintifik bagi Viagra. Iadiambil daripada kumpulan ubat-ubatan yang dipanggil Phosphosiesterase inhibitors. Fungsinya adalah untukmenghalang aktiviti sesuatu enzim. Secara umumnya, ubat tersebut diuji guna untuk merawat tekanan darah tinggi yang tidak teratur. Setakat ini tidak ada sebarang ubat daripada kumpulan Phosphosiesterase inhibitors yang boleh digunakan di Amerika Syarikat kerana ia cenderung menghasilkan kesan sampingan. Namun begitu, pada masa sildenafil gagal menunjukkan kesannya mengawal ketidaknormalan tekanan darah tinggi, didapati pula kebanyakan pesakit yang mengamalkan kumpulan ubat ini yang kebetulan mempunyai masalah mati pucuk, dilaporkan mengalami ketegangan zakar.

Bagaimanakah sildenafil berfungsi?

Sildenafil berfungsi dengan menghalang enzim yang terdapat di dalam zakar yang secara semula jadinya menghasilkan bahan kimia dipanggil cyclic GMP. Cyclic GMP terhasil apabila berlakunya rangsangan seksual.

Ia amat penting dalam mewujud dan mengekalkan ketegangan zakar secara normal. Lebih lama cyclic GMP berada di dalam zakar, peluang untuk mencapai dan mengekalkan ketegangan zakar adalah lebih baik. Sildenafil membolehkan lebih banyak cyclic GMP berada lama di dalam zakar tanpa meningkatkan pengeluaran kimia dalam badan.

Justeru itu, rangsangan seksual amat penting kerana tanpa rangsangan seksual bermakna tidak ada pengeluaran cyclic GMP. Kesannya tidak akan berlaku ketegangan zakar.

Sejauh manakah sildenafil berkesan?

Secara umumnya, sildenafil berjaya ke atas 65 peratus hingga 70 peratus lelaki impotens. Lebih besar darjah kerosakan ke atas mekasnisme ketegangan biasa, lebih rendah kadar kejayaan keseluruhan.

Lelaki yang mempunyai masalah impotens disebabkan oleh psikologi atau psikogenik mendapati tindak balas terbaik dengan 84 peratus menunjukkan pencapaian dalam ketegangan zakar dan 70 peratus berjaya dalam percubaan melakukan hubungan seksual. Di antara 59 hingga 60 peratus pesakit kencing manis dan kecederaan tulang belakang dilaporkan berjaya dengan rawatan sildenafil. Kadar tindak balas yang paling teruk adalah bagi pesakit yang mengalami impotens selepas menerima pembedahan kanser prostat. Sunggahpun, kumpulan ini sukar dirawat, 43 peratus dilaporkan mencapai ketegangan.

Bagamanakah cara pengambilan sildenafil? Apakah kesannya jika mengambilnya terlalu banyak

Sildenafil boleh didapati di dalam tiga dos: Pil 25 mg, pil 50 mg dan pil 100 mg. Ia perlu dimakan ketika perut kosong lebih kurang satu jam sebelum hubungan seksual dilakukan walaupun ia mungkin bertindak dalam tempoh 30 minit sehingga empat jam selepas pil ditelan. Saranan yang selalu disyorkan kepada kebanyakan pesakit ialah dengan mula memakan pil percubaan di rumah iaitu 50 mg.

Jika terjadi kesan sampingan, dos yang lebih rendah akan disyorkan. Jika tidak berlaku sebarang kesan sampingan, pesakit boleh memakan dos100mg.Pesakit yang lebih tua dan sesiapa yang mempunyai masalah hati dan buah pinggang dinasihatkan memulai dengan pil 25 mg. Hanya satu biji pil sahaja boleh dimakan sehari. Meningkatkan jumlah dos melebihi 100 mg sehari tidak akan memperbaiki tindak balas ketegangan sebaliknya boleh menyebatkan kesan-kesan sampingan.

APAKAH KESAN KESAN SAMPINGANNYA?

Sakit Kepala

kesan sampingan yang biasa berlaku. Satu daripada 10 lelaki men galami sakit kepala dan tambah teruk lagi apabila mengambil dos yang lebih tinggi.

Gangguan visual (buta warna)

kehilangan kebolehan untuk membezakan antara biru dan hijau. Ini kerana mata mengandungi enzim yang lebih kurang sama dengan enzim yang dikeluarkan oleh Viagra. Lebih kurang tiga peratus pengguna mengalami masalah penglihatan

Tekanan darah rendah

secara tiba-tiba tekanan darah rendah boleh berlaku Viagra bersama nitroglycerin atau ubat anti-hypertensive berisiko sama ada jatuh pengsan atau kejutan.

Priapism

Walaupun ia tidak pernah berlaku dalam ujian, mengikut teori, lelaki yang mempunyai penyakit anemia, leukemia atau urethral inflammation menghadapi risiko mendapat priapism (ketegangan yang tidak normal selama empat Jam atau lebih). Tanpa rawatan, priapism akan menyebabkan kerosakan tisu dan menyebabkan impotens.

Koronari Koital

Kadangkala impotens adalah petanda awal penyakit jantung, kencing manis dan beberapa jenis kanser. Mengambil Viagra mungkin boleh mengancam jiwa. Lelaki yang mempunyai masalah koronari dan tidak melakukan hubungan seksual beberapa tahun perlu berjumpa doktor.

Penganiayaan

Tidak siapa tahu kesan-kesan jangka panjang pengambilan Viagra yang terlalu banyak terutama kepada lelaki yang menyalahgunakannya. Walaupun secara relatifnya ia merupakan ubat yang selamat, terdapat kemungkinan pengguna secara psikologi akan terlalu bergantung kepadanya dan tidak boleh mencapai ketegangan tanpa Viagra.

BOLEHkAH SILDENAFIL DIMAKAN BERSAMA UBAT LAIN?

Pesakit yang mengambil sebarang jenis ubat nitrat organik tidak boleh mengambil sildenafil. Sildenafil tidak boleh dimakan oleh pesakit yang memakan ubat-ubatan yang mengandungi NITRAT. Jika anda memakan sebarang ubat nitrat seperti ISORDIL, NITROPASTE, NITROPRESS, NITROLSTAT atau NITROGLYCERIN, anda tidak boleh memakan sildenafil. Pesakit yang mengambil ubat untuk tekanan darah tinggi boleh mengambil sildenafil tetapi adalah lebih bijak untuk memeriksa semula tekanan darah selepas rawatan. Sildenafil diproses secara kimia di dalam hati. Ubat-ubat yang mengganggu aktiviti tersebut akan menyebabkan peningkatan tahap darah oleh sildenafil dan mengakibatkan kesan-kesan sampingan lain. Contoh-contoh ubat-ubat tersebut adalah seperti Tagamet, Erythromycin dan ubat anti-fungal seperti Nizoral (ketoconazole). Pesakit yang mengamalkan ubat-ubat tersebut hanya boleh mengambil dos 25 mg atau menghabiskan penggunaan ubat-ubat lain sebelum mengambil sildenafil.

APAKAH UJIAN YANG DIPERLUKAN SEBELUM MENGAMBIL SILDENAFIL?

  • Impotens lazimnya merupakan simptom kepada penyakit yang berkaitan. Pesakit mestilah dirawat untuk penyakit-penyakit tersebut. Sejarah perubatan dan seksual serta pemeriksaan fizikal adalah penting. Tekanan darah harus diperiksa terutama ke atas pesakit yang menghidap darah tinggi. Senarai mengenai semua jenis ubat yang dimakan oleh pesakit mestilah lengkap. Ujian darah akan dilakukan untuk memeriksa tahap horrnon lelaki (testosterone), hati dan keadaan buah pinggang dan kemungkinan menghidap kencing manis.
  • Untuk mengetahui dengan mendalam mengenai penyakit berkaitan yang menyebabkan masalah ketidakupayaan ketegangan zakar, ujian-ujian lain juga diperlukan seperti Snap Gauge (ujian Rigiscan untuk mengetahui gerak balas ketegangan), ujian pengaliran darah dalam zakar dan beberapa ujian berkaitan. Dengan mengetahui punca-puncanya maka rawatan yang sempurna mudah dijalankan.