Pengikut Setia

Monday, May 12, 2008

.


Photobucket Image Hosting

SIHIR IKATAN (JERUT) BAGI PIHAK LELAKI

Syaitan daripada sihir ini berpusat didalam otak lelaki,pastinya pada pusat rangsangan seksual yang mengirimkan isyarat-isyarat ke organ-organ peranakan,kemudian meninggalkan alat-alat peranakan tersebut bekerja sebagimana biasa.Apabila seseorang mendekati kepada isterinya dan ingin melakukan hubungan seksual,maka syaitan akan memberhentikan pusat rangsangan seksual kedalam otaknya,maka berhentilah isyarat-isyarat yang akan dikirim keseleruh organ-organ yang akan menghantarkan darah kedalam alat kelamin yang boleh menyebabkannya menjadi tegang.Pada saat itu darah akan kembali dari alat kelamin lelaki dengan cepat,maka alat kelamin itupun akan lemah dan mengendur.

Oleh kerana itu anda mendapati seseorang lelaki seperti biasa sahaja ketika bercumbu kasih dengan isterinya,atau hendak melakukan hubungan seksual,keadaan alat kelamin yang tegang,tetapi apabila sudah dekat dengan isterinya,alat kelaminnya akan melemah dan tidak boleh lagi untuk meneruskannya,kerana kita maklumi bahawa alat kelamin yang tegang pada lelaki merupakan unsur utama dalam sempurnanya proses hubungan seksual seperti yang kita ketahui.Kadangkala kita mendapati lelaki yang memiliki dua isteri,ia terikat dengan salah satu dari keduanya,kerana syaitan sihir hanya memberhentikan fungsi pusat rangsangan seksual pada salah seorang sahaja dari dua isterinya itu.

SIHIR IKATAN (JERUT) BAGI PIHAK WANITA

Sebagaimana ikatan ini terjadi pada lelaki dari isterinya,maka hal ini juga terjadi pada isteri dan suaminya,dan ikatan pada wanita itu 5 jenis :-

a) Ikatan dengan melarang.
-Iaitu seorang wanita berusaha untuk mencegah suaminya agar tidak menyetubuhinya,iaitu dengan cara merapatkan kedua belah pehanya yang satu dengan yang lainnya sehingga suaminya tidak boleh menyetubuhinya,dan hal itu sebenarnya diluar kemahuan wanita tersebut.Bahkan ada seorang pemuda yang memarahi isterinya yang mengalami sihir jenis seperti ini,maka si isteri pun berkata "hal ini diluar kemahuan saya",bahkan isterinya ini berkata "ikatlah kaki saya dengan ikatan dari besi sebelum memulai hubungan seksual,sehingga peha yang satu tidak menempel dengan yang lainnya" Dan memang suami melakukannya,akan tetapi proses ini masih tidak berjaya,kemudian si isteri mengisyaratkan kepada suaminya agar memberikan suntikan bius kepadanya apabila ingin menyetubuhinya,maka proses hubungan seksual berjaya pada kali ini,akan tetapi hanya disebahagian pihak sahaja.

b) Ikatan hubungan yang dingin.
-Jin yang mewakili sihir berpusat pada pusat rasa didalam otak wanita,apabila suaminya ingin menyetubuhinya maka jin menghilangkan rasa tersebut dan ia tidak merasakan kenikmatan dan tidak mahu menerima suaminya itu,bahkan tubuh isterinya itu seperti terkena bius walau dengan melakukan apa sahaja denganya,wanita itu tidak mengeluarkan cairan yang dapat membasahi farajnya,maka proses hubungan seksual tidak boleh berjaya dengan sempurna.

c) Ikatan keluarnya darah dengan berterusan.
-Jenis sihir ini berbeza dari sihir pendarahan yang berterusan,iaitu ikatan pendarahan ini hanya khusus ada waktu-waktu berhubungan seksual sahaja,sedangkan sihir pendarahan tidak ada hubungannya dengan hal tersebut,bahkan berlangsung selama beberapa hari.Ikatan pendarahan dengan darah yang berterusan ini adalah,apabila suami ingin menyetubuhi isterinya maka syaitan akan mendatangkan darah yang sangat banyak (istihadah) padanya,sehingga tidak memungkinkan sisuami untuk menyetubuhi isterinya.

d) Ikatan penghalang.
-Iaitu apabila seorang lelaki ingin menyetubuhi isterinya,ia akan mendapati sepotong daging yang menghalanginya sehingga tidak memungkinkannya untuk menembusnya,maka proses hubungan seksual tidak berjaya.

e) Ikatan tipuan.
-Iaitu seorang lelaki mengahwini seorang wania yang masih gadis,dan apabila ia hendak menyetubuhinya ia mendapati isterinya itu seperti janda tanpa keraguan sedikitpun,maka setelah wanita itu diubati dan sihir telah hilang darinya,kegadisan dan keperawanannya pun kembali semula seperti asalnya.

Firman Allah S.W.T :"Katakanlah,aku berlindung kepada Tuhan yang menguasai subuh,dari kejahatan makhlukNya dan dari kejahatan malam apabila telah gelap gelita dan dari kejahatan wanita-wanita tukang sihir yang menghembus pada simpulan-simpulan (ikatan),dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia dengki" AL-FALAQ 1-5


Photobucket

PENTINGNYA JIWA YANG TENANG DALAM SEKS

Jiwa yang tenang amat perlu dalam hubungan seks kerana kesan psikologi adalah amat tinggi dan sangat berpengaruh dalam hubungan seksual,mungkin zakar anda tiada bermasalah dari segi ketegangan,namun tanpa jiwa yang tenang,anda mungkin terjebak oleh perasaan dan lantas kecundang.Cara yang baik bagi orang islam adalah dengan menunaikan solat fardhu dan membaca surah al insyirah 3x tiap2 lepas solat,insyaAllah jiwa kita akan tenang dan terlerai dari segala masalah yang membelenggu.Syukur dan redha itu menjadi kunci kepada cara-cara berfikir dan cara-cara mengingati kisah-kisah lampau.

Berikut digariskan mengapa seorang itu boleh kecundang didalam senggama walhal zakarnya mempunya ketegangan yang cukup...

1) Membayangkan khayalan yang memberangsangkan...

Perkara ini biasa terjadi pada anda yang baru sahaja berkahwin.Sebelumnya senggama pada anda adalah sesuatu proses yang dilarang oleh semua golongan,tapi sekarang anda sudah bebas melakukannya bersama isteri.Maka anda tenggelam dalam rasa rindu dan nikmat kepada keseronokan yang sebelumnya diimpikan.Anda terlalu terbawa-bawa oleh kecantikan,kelembutan serta perasaan seronok,lantas tidak dapat mengawal minda anda,dari itu maka otot-otot akal anda tidak terkawal.Akibatnya ialah zakar anda menjadi lembik,ini kerana otak anda diperas hingga letih,sebagaimana orang bekerja kuat.Cara mengatasinya,usahlah tumpukan sangat kepada fantasi cinta itu,lebih baik layani perasaan kepada perkara-perkara lain yang berkait dengan kekuatan dan kekuasaan,ia dapat menghindari kemelut fantasi cinta.

2) Kerisauan dan rasa bersalah yang tidak menentu...

Mungkin anda takut atau risau tidak akan memuaskan isteri anda sebagaimana yang anda bayangkan.Mungkin juga anda risau tentang hal-hal kerja,seperti kerja yang terlalu banyak,lantas terbawa-bawa ketika berjima.Mungkin juga anda rasa bersalah kerana pada seks yang sebelum ini,anda tidak dapat memuaskan isteri anda.Apa yang penting ialah,tentukan bahawa anda senggama setelah menyelesaikan kerja-kerja yang penting dan selesaikan dahulu,jika tidak boleh,maka lupakanlah masalah itu buat sementara.Yang penting ialah perlakukan senggama dikala itu sahaja,yang sedang anda lakukan itulah yang lebih penting dan harus dilakukan dengan tenang.Jiwa yang tenang adalah faktor penting kejayaan dalam hubungan seksual.

3) Rasa benci dan rendah diri kepada pasangan anda..

Ramai diantara mereka yang menghadapi maslah senggama menyatakan bahawa mereka menyimpan rasa benci kepada isteri kerana isteri terlalu mengawal atau sering menyalahkan tindak-tanduk suami dalam kehidupan sehari-hari.Ada juga keadaan dimana isteri sering menyalahkan diri suami dalam hidupnya.Akibat dari ini suami berjima dalam perasaan dendam dan kebencian,tidak dalam perasaan gembira.Apabila otak terasa perlakuan itu dipaksa,maka ia akan bertindak kontra dari yang diharapkan.Dalam hal ini isterilah yang harus mengubah perangainya.Suami sepatutnya mendalami bidang ugama islam dan mengajarkan isteri tentang hak dan tanggungjawabnya,agar dia bertindak selari dengan kehendak Allah S.W.T,dalam menasihatinya,maka nasihatilah secara bijaksana.Jika nasihat itu dilakukan secara kasar,maka kemungkinan hati isteri akan patah,jika dibiarkan,maka teruslah isteri dalam berkeadaan bengkok dan kerja meluruskan isteri bukanlah perkara mudah.

4) Gangguan-gangguan sejarah kehidupan remaja..

Mungkin anda mempunyai seorang ibu dan kurang bertimbangrasa,atau anda mungkin telah menemui seorang yang telah menceritakan tentang keburukan hubungan seksual,atau anda mungkin mempunyai adik-beradik perempuan sahaja.Ini bermakna anda tidak dilayani sebagai seorang lelaki semasa anda waktu kecil.Perasaan malang ini menebal dan ia adalah perasaan yang menenangi rasa sayang dan tangunggajwab ketika anda melakukan hubungan seksual.Semasa hubungan seksual anda merasa bahawa anda mahu lari dari perlakuan itu tanpa perlu diselesaikan tugas tersebut.Lagipun,anda merasa bahawa apa-apa pencapaian anda selama ini tiada pernah mendapat pujian.Jika anda disuruh melukis matahari,anda akan melukis matahari waktu senja,semuanya sudah terlambat buat anda.Sepatutnya anda berfikir bahawa inilah masanya untuk anda menikmati keindahan dan nikmat Allah bersama isteri anda,tida patut bagi anda bermuram durja dan menunggu masa tua sahaja.Anda sepatutnya gembira,hubungan seksual sepatutnya dilakukan dengan jiwa yang gembira.

Demikian antara sebab-sebab jiwa dan pengubatannya yang penting untuk diketahui andainya pembaca mempunyai masalah dalam hubungan seksual berpunca dari JIWA YANG TIDAK TENANG.Berusaha dan penyakit akan disembuhkan oleh Allah S.W.T ..InsyaAllah.yakin pada diri sendiri,percaya akan kejayaannya,ingat kepada Allah..Bincangkan masalah bersama isteri agar dia dapat berkerjasama dan membantu mengatasinya...









10 TIP MENAMBAH AIR MANI

Air mani ialah campuran cecair dari pundi prostate,pundi seminal,pundi cowpers,pepundi dalam salur kencing,cecair dari pundi epidimis dan sperma dari kilang sperma.Ada 10 cara dapat membantu meningkatkan isipadu air mani,antaranya :-

1) Jangan kerap bersetubuh kerana lebih kerap anda mencapai ejakulasi,isipadu air mani makin berkurangan dan cair.Jika ejakulasi selang tiga hari,air mani akan lebih mantap.

2) Elak tabiat merokok dan minum minuman keras.Kedua-dua perkara itu merendahkan tahap hormon testosterone yang mustahak untuk fungsi optima pundi yang menghasilkan air mani.

3) Lakukan senaman secara berkala,lakukan senaman kegel atau kemut,iaitu mencengkam otot lantai pelvis dan otot pembukaan lubang najis dan lubang kencing.

4) Makan makanan berkhasiat yang mengandungi kurang lemak,tinggi khasiat protein,sayur-sayuran dan kekacang.Semua itu sesuai untuk kesihatan sperma dan kandungan air mani.Kurangkan makanan pedas dan berempah.

5) Elakkan buah zakar terdedah kepada kepanasan.Kepanasan menjejaskan kilang sperma.Pakai seluar dalam longgar seperti seluar pendek “boxer” dan elak sauna atau merendam badan dalam air panas terlalu lama.

6) Kurangkan berat badan jika didapati meningkat.Peningkatan lemak perut mengganggu kestabilan hormone testosterone.

7) Belajar mengurus tahap tekanan secara positif melalui yoga dan bertafakur kerana tekanan memberi kesan negative kepada kesihatan badan.

8) Dapatkan urutan badan yang menyegarkan supaya otot selesa dan badan tenang serta mudah berinteraksi secara seksual dan memberi isipadu air mani yang lebih.

9) Makan makanan tambahan dan herba yang dapat membantu meningkatkan isipadu air mani dan bilangan sperma seperti madu,telur ayam kampung dan buah badam.Kekacang juga membantu meningkatkan sperma,zink dapat memantapkan kilang sperma.Herba tongkat ali terbukti berkesan dalam meningkatkan hormon testosterone dan DHEA yangs secara langsung dapat membantu memantapkan pundi serta kilang sperma.Semua ini boleh didapati di kedai jamu,pasaraya dan farmasi.

10) Lakukan hubungan seksual sebelah pagi atau petang kerana ketika itu mudah mengalami pemanasan yang dapat membina kecerdasan pundi yang menghasilkan air mani.Jika lakukan seks sebelah malam,tahap keaktifan badan menurun dan rangsangan kurang,jadi pengeluaran air mani juga kurang.

Photobucket

SAIZ ZAKAR MENGIKUT KETURUNAN

Memiliki anggota seksual sempurna menjadi idaman semua lelaki. Jarang lelaki memiliki anggota seksual kecil atau cacat.Jika ada, masalah ini memberi perasaan rendah diri dan sukar bergaul dengan masyarakat, lebih-lebih lagi dengan wanita.Sebilangan besar lelaki memiliki anggota seksual yang berfungsi normal, boleh mencapai kekerasan apabila terangsang dan berukuran biasa untuk lelaki Asia (panjang 9-14 sentimeter/sm dan ukur lilit 8-13sm) tetapi sebilangan mereka rasa tidak puas, lebih lagi yang bertubuh rendah dan inginkan alat kelamin lebih besar.Mereka beranggapan, jika berbadan tinggi atau besar, ukuran zakar patut begitu!

Sebenarnya bentuk, saiz, termasuk ukuran panjang dan ukur lilit zakardipengaruhi keturunan, bangsa dan baka.Anggota seksual lelaki jika kerap digunakan akan kelihatan mantap. Tinjauan beberapa peninjau seks dan wanita menyatakan, zakar kelihatan mantap dan ‘besar’ jika kerap digunakan. Sebaliknya, jika lama tidak digunakan, ia kelihatan kecil dan kecut.Tidak salah untuk membelai anggota sulit dengan krim dan sentuhan ringan sekali sekala untuk kesejahteraan anggota itu, tetapi elak beronani kerana khuatir menjadi ketagih dengan perbuatan itu dan mengakibatkan masalah lain.

Losyen/minyak mengandungi herba tertentu, termasuk ekstrak ikan belacak/lintah, dapat membantu memantapkan anggota sulit sekadar strukturnya dan tidak dapat menambah saiz.Sama juga dengan alat pam vakum yang pernah satu ketika dulu digunakan untuk menambah saiz. Apa berlaku, ia cuma meningkatkan saiz untuk sementara waktu. Hanya kulit zakar kelihatan panjang dan gelap hasil cara itu.


Photobucket

SOAL JAWAB SEKSOLOGI BERSAMA DR ISMAIL THAMBY

Soalan 1:
Saya mempunyai masalah dimana keadaan zakar saya kelihatan agak senget sedikit dan mungkin boleh dikatakan tidak berkeadaan normal.Pertanyaan saya,apakah sebenarnya yang menyebabkan zakar saya menjadi sedemikian.Adakah apabila saya kahwin kelak saya tidak dapat mencapai kepuasan yang maksimum mahupun pasangan saya ?

Dr Ismail Thamby :
Mengikut kajian rambang yang pernah dijalankan oleh beberapa pakar ahli Persatuan Kajian Impotensi dan Seksualiti Antarabangsa,didapati kedudukan zakar semasa ereksi tidak selurus yang dijangkakan.Tetapi dalam keadaan zakar dimana zakar mudah disalurkan kedalam faraj yang mana corong faraj juga tidak lurus seperti yang disangka,tetapi secara menyeluruh hubungan kelamin berlaku tanpa apa-apa masalah.Hanya sebilangan kecil zakar sahaja yang kedudukannya agak lari dari keadaan yang boleh disalurkan kedalam faraj.Zakar yang tidak lurus semasa tegang boleh berlaku secara semulajadi.Adakalanya disebabkan kedudukan zakar yang sentiasa setempat kerana memakai seluar dalam yang ketat atau penempatan posisi zakar semasa lelaki itu memakai seluar.


Soalan 2:
Kenapa zakar saya kecil walaupun umur saya sekarang sudah mencecah 24 tahun ? Zakar saya kecil berbanding kawan saya yang seusia dengan saya.Saya harap doktor dapat memberikan jawapan kepada saya...

Dr Ismail Thamby :
Saiz dan bentuk zakar dikaitkan dengan keturunan dan baka selain daripada kesempurnaan proses baligh yang mana ketika baligh,anggota kemaluan dan reproduksi lelaki mengalami tumbesaran akibat tindakbalas hormon testosteron dan hormon tumbesaran.Saiz zakar yang sebenar adalah ia dalam keadaan tegang atau ereksi.Jadi zakar dalam kedaaan tidak terangsang kelihatan kecil dan mengecut,sebaliknya pula apabila terangsang.Kehandalan hubungan kelamin bukan terletak pada saiz zakar,tetapi teknik dan cara gaya hubungan kelamin itu.Hubungan kelamin adalah hubungan intim dan memerlukan keselesaan dan sebaik-baiknya tidak menyakitkan.Terdapat kes dimana wanita itu tidak dapat menyalurkan zakar pasangannya kedalam faraj kerana terlalu besar (walaupun faraj mampu mengembang luas untuk melahirkan bayi).Zakar yang berukuran sederhana iaitu 4-5 inchi dapat juga memberi kepuasan,selesa dan cukup padat pada faraj yang mudah mencengkam apabila otot lantai pelvik kemut.Jadi,tiada soal sama ada zakar kecil ataupun faraj besar apabila zakar dimasukkan kedalam faraj.Yang penting kedua-dua pasangan dapat menikmati sentuhan intim.



Photobucket

SENAMAN KEGEL (senaman kemut)

Duduk melunjur, bengkokkan lutut dan jarakkan kaki 12 inci antara satu sama lain. Kemut otot-otot di sekeliling dubur (sama seperti ketika anda menahan kentut) dan biarkan seberapa lama yang boleh - sehingga 20 saat. Rehatkan otot tersebut perlahan-lahan, tarik nafas dalam-dalam dan ulangi proses ini dalam 30x sehari. Senaman ini boleh dilakukan ketika anda berdiri dalam bilik mandi, atau duduk (semasa memandu) atau semasa buang air kecil.Senaman kegel nie baik diamalkan oleh lelaki yang cepat klimaks dan juga untuk yang menambahkan kekuatan pancutan air mani.










TEKNIK ASAS URUT BATIN

1) Mengasak.
Semasa mengasak urut dari bahagian pangkal lubang dubur, tarik sehingga ke pangkal kantung buah zakar. Gunakan kelima-lima jari anda ditutup rapat. Asak guna tangan kiri dan kanan bergilir-gilir, urut dan tarik ke atas. Buat dengan perlahan, tekanan yang tidak terlalu kuat dan jangan gopoh. Tarik nafas anda dalam-dalam untuk mengumpul oksigen yang cukup dalam darah, kemudian, tahan nafas anda dan tumpukan pada kawasan zakar. Apabila mengasak anda akan lihat batang zakar anda mengembang. Itu satu petanda yang baik... buat proses mengasak ini kira-kira 10-15 minit setiap hari.

2) Menjabat.
Anda kena faham kaedah ini untuk membuang angin pada urat zakar supaya zakar anda lebih kuat. Cuba anda fikir apa berlaku kalau saluran brek kereta anda ada angin.. Mestilah brek tak berapa makan kan...? Sama la macam zakar kita gak.. masa berjabat ni.. letakkan jari anda pada bahaian tepi pangkal zakar anda dan rasa lubang cincin itu... tarik nafas dalam-dalam... tahan nafas sambil menekan lubang cincin.. apabila dah tak tahan lepaskan nafas anda dengan kuat.. ala mcm kita warm up bila nak main sukan tuh... ulang lagi sehingga anda rasa zakar anda terasa lebih segar...

3) Mengurut.
Urut batang zakar anda dari bahagian paling pangkal ke hujung. pastikan letakkan minyak yg mencukupi supaya kulit zakar tidak melecet.. kedudukan ibu jari di bahagian atas jari telunjuk (mungkin dengan jari hantu sekali di bahagian bawah) urut perlahan-lahan. Anda juga boleh menggunakan teknik ini. Buat huruf O menggunakan jari telunjuk dan ibu jari, pada pangkal zakar. kemudian lurutkan jari anda dari pangkal hingga ke hujung. Anda akan menolak darah ke bahagian hujung zakar.. bila anda membuat proses ini zakar anda akan mengembang lebih besar sebab darah akan disalurkan dengan baik di dalam pembuluh darah. semasa melurut zakar anda, kemutkan otot zakar anda (seperti hendak menahan kencing) dengan ini urat zakar akan menjadi lebih kuat dan besar.. buat proses ini kira-kira 15-20 minit.. lakukan dengan sabar.. jangan gelojoh.. seelok-eloknya zakar anda separa tegang ataupun tegang semasa mengurut.. tetapi jangan sampai teransang pulak.. kang terpancut. terbatal pulak proses urut anda..

4) Mengasah.
Lepas tu barulah anda mengasah.. ini nak bagi stamina dan ketahanan pada kepala zakar kita supaya tak cepat geli dan boleh bertahan lama semasa bersama nanti.. buatlah pada bahagian atas, bawah, tepi kepala zakar anda. kalau terasa geli berhenti kejap.. pastu sambung balik.. Ingat sekali lagi!! jangan sampai terpancut..


Photobucket

PUNCA PENYAKIT LEMAH TENAGA BATIN

1) Penyakit ini boleh berlaku akibat kerosakan urat saraf dan otot pada zakar dan urat saraf yang berkaitan dengannya,akibat kemalangan jalan raya atau disebabkan terjatuh dari tempat yang tinggi,akibat kelumpuhan yang menyebabkan saraf tidak berfungsi,tekanan jiwa (stress) yang berpanjangan dimana tekanan tersebut sukar dikawal.

2) Kerap melakukan onani (masturbation),iaitu mengeluarkan mani secara paksa dengan tangan.

3) Kekerapan melakukan jimak dalam masa yang singkat juga mungkin menjadi punca lemah syahwat.

4) Amalan membasuh kemaluan sebaik sahaja melakukan jimak juga boleh melemahkan urat saraf pada zakar.

5) Buatan orang,seperti sihir atau berpunca daripada sebarang gangguan makhluk halus.Maksudnya disini,zakar sihat semasa foreplay,tetapi bila nak menusuk ke faraj,zakar tiba2 lemah..Petanda-petanda individu terkena sihir adalah kerap terjaga dari tidur,mimpi yang menakutkan,sering melihat binatang didalam mimpi dan mimpi berada ditempat yang tinggi.


Photobucket

SIMPTOM-SIMPTOM PENYAKIT LEMAH TENAGA BATIN

1) Alat kelamin kurang berfungsi,diibaratkan hidup segam mati tak mau.Bertindak garang bila berjauhan,tetapi lemah bila berdekatan.

2) Kurang bernafsu untuk melakukan hubungan kelamin.Jika melakukan persetubuhan,pendayung kuat diperingkat permulaan,tetapi patah sebelum sampai kekemuncaknya.

3) Cepat keluar mani ketika melakukan persetubuhan.

KAEDAH RAWATAN PENYAKIT LEMAH TENAGA BATIN

1) Melalui kaedah urutan batin,memulihkan urat saraf supaya darah berjalan dengan baik ke semua bahagian zakar.

2) Melalui kaedah meRUQYAH,pesakit akan dibacakan ayat-ayat al quran bagi membuang unsur2 negatif/gangguan makhluk halus dari badan.

3) Melalui pemakanan,disini pesakit dilarang mengambil minuman berais,pesakit digalakkan meminum madu dan kapsul tongkat ali setiap hari bagi melancarkan perjalanan darah dan menambahkan hormon testosteron.

4) Melalui senaman,pesakit digalakkan melakukan senaman tenaga batin (lipat pinggang)10minit setiap hari.Ini penting bagi memulihkan urat-urat yang tercedera dan melancarkan sistem saraf batin amnya.

Photobucket

Nasihat Pakar Sakit Tuan

"Setiap penyakit memang ada ubat dan rawatannya.Namun mencegah itu lebih baik dari mengubati.Bagi menangani masalah seksual,kaum lelaki terutamanya harus menjalani gaya hidup sihat seperti tidak merokok atau mengambil minuman keras.Selain itu kerap melakukan senaman dan mengambil makanan yang berkhasiat dan jaga minda agar tidak terlibat dalam stress yang melampau.Elakkan daripada melakukan perkara2 yang tidak sihat pada zakar seperti menindik dan sebagainya." Dr Ismail Thamby